Monday, December 10, 2018

KEMBARA KE TANAH SUCI 25 NOV 2018 - 5 DIS 2018


25 November 2018

Kami berlepas dari KLIA dengan pesawat A380 MH 8212 ini lah kali pertama penulis menaiki pesawat A380, kami berlepas pada jam 12.15PM kami sampai  mendarat di King Abdul Aziz Airport Madinah pada jam 4.00pm waktu Madinah perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam, kami menginap di Dar AL –NAEEM AL Mukhtara Hotel yang letak nya lebih kurang 450M dari Majidil  Nabawi

                         PESAWAT A380 MENDARAT DI KING ABDUL AZIZ AIRPORT MADINAH


Pertama kali  menjejaki tanah Madinah terus check in Hotel dan selepas itu kami makan sempat solat maghrib dan Isya di Masjid Nabawi….
                                          MASJID NABAWI




26 November 2018 (MADINAH)

Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk menziarahi tempat-tempat di sekitar Masjid Nabi seperti Muzium al-Asma’ al-Husna, Muzium Sirah Nabawiyyah, Muzium Ulum al-Quran dan lain-lain. Dan selepas asar ada  Tazkirah oleh Dr Rozaimie.
Cuaca di Madinah agak dingin sedikt suhu lebih kurang 18 Darjah – 24 Darjah suasana di Madinah agak tenang disini. Hanya ketika nak masuk waktu solat baru kita lihat ramai orang menuju ke Masjid untuk solat waktu. Kelihatan juga di beberapa sudut di dalam Masjidil Nabawi terdapat Halaqah-halaqah bacaan surah al fatihah dan ayat2 lazim. Penulis juga perhatikan di Masjid ini tidak terdapat tabung2. Air Zam-zam ade di merata sudut. Terdapat banyak pintu di Masjid ini. Penulis biasa nya menggunakan pintu No; 20 atau 21 kerana hotel tempat penulis menginap dekat dari sudut ini. Dan ianya mudah terus ke Raudhah.

Di Raudhah ni biasa nya penuh orang akan berebut-rebut masuk ke Raudhah. Penulis sempat solat sunat dan solat subuh di Raudhah. Itu pun kalau nak ke sini kena plan datang dalam jam 1.40am …..itu pun sudah pack. Penulis sempat berada di Raudhah dari jam 2.20am sehingga solat Subuh. Penulis sempat juga bertanya se orang Pakcik dari Malaysia yang kebetulan duduk sebelah penulis yang datang dari Kelang beliau rupa nya lagi awal masuk ke Raudhah kata nya sejak jam 12.00am. dan se orang lagi pula dari Kalimantan kata nya jangan bangun duduk aje. Kalau bangun sudah pasti tak dapat tempat sebab orang semakin berpusu-pusu masuk ke Raudhah. Selepas solat Subuh penulis tunggu untuk solat jenazah. Pada ketika saat ini orang berpusu-pusu untuk ziarah makam Nabi s.a.w dan banyak laluan kesitu ditutup jika lewat. Penulis tak sempat untuk untuk melalui jalan tersebut ia nya sudah di sekat. Kelihatan orang berpusu-pusu dan berebut-rebut ke makam Nabi s.a.w. Penulis sempat ziarah makam Nabi s.a.w pada hari berikut nya itu pun terpaksa satelah solat tamat penulis terus bangun dan jalan terus kehadapan sebelum laluan tersebut di sekat.  

Suatu perkara yang pelik kita akan lihat berbagai ragam manusia di sini dimana…ada antara nya yang sapu pintu masjid dengan tangan lalu di cium nya, ada yang Doa mengadap Makam  dan lain lain lagi lah yang akan kita lihat. 


                                          MAKAM RASULULLAH S.A.W


Selasa |27 November 2018 | Madinah

Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh dan Ladang Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat Tazkirah selepas asar di ruang hotel Mezanie Floor.

              MASJID QUBA INI LAH MASJID YANG PERTAMA YG DIBINA OLEH NABI S.A.W

                                          MASJID QIBLATAIN

MASJID QIBLATAIN



Di Masjid ini lah ketika Nabi s.a.w solat Dzhohor berjemaah semasa rakaat pertama dan kedua Nabi s.a.w solat mengadap ke Baitul Maqdis pada rakaat ke tiga dan keempat Nabi s.a.w mengadap ke Ka’abah sudah pasti nya pada ketika itu berlaku banyak pergerakan di mana makmum lelaki bergerak kehadapan sementara makmum perempuan kebelakang…..bagaimana pergerakan ini di lakukan ia nya tidak di sebutkan secara terperinci. Wallah hu a’lam.

Satelah itu Nabi kembali ke Madinah dan solat di Madinah dan berubah arah kiblat ke ka’abah sementara di Masjid Quba pada ketika itu masih kiblat kearah Masjidil Aqsa keesokan hari nya baru lah Jemaah di Masjid Quba mendapat berita mengenai pertukaran hala Qiblat.

Rabu|28 November 2018 | Madinah
Aktiviti bebas di sekitar Majid Nabawi dan Tazkirah selepas Asar







Khamis|29 November 2018 | Madinah-Taif 

Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, check out hotel dan bertolak ke Taif. Jemaah dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana sebelum check in hotel. Melawat di Bukit Uhud dan sekitar nya. Tazkirah selepas Asar. Cuaca di Taif agak sejuk dalam 15 Darjah

                                                  BUKIT UHUD
BUKIT UHUD

Bukit Uhud. Lambang pengorbanan pejuang agama. Demi agama ini, mereka bukan hanya sanggup melepaskan reputasi sendiri, negara sendiri dan juga keluarga tetapi mereka sanggup korbankan nyawa untuk melihat agama ini tetap subur dan terpahat di jiwa manusia dan berkembang ke seluruh dunia.

Mereka yang terkorban disini tidak tahu Islam sudah sampai ke pelusuk dunia. Bahkan mereka tidak merasa kemenangan Islam dari penindasan kukufuran pada waktu itu. Namun apa yang pasti. Mereka sedang mengumpul pahala. Kerana dengan perjuangan mereka Islam berkembang sehingga ke saat ini.



Maka tidak hairanlah Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam mengulangi menziarahi syuhada' di sini sambil berdoa kepada mereka.Moga Allah jadikan mereka contoh untuk kita terus berjuang untuk agama ini





Jumaat|30 November 2018 | Taif-Mekah

Selepas sarapan, sesi ulangkaji untuk ibadah umrah. Kami sempat melawat tempat di sekitar Taif saperti ladang kurma, Masjid Ibnu Abbas di masjid Ibnu Abbas kami sempat solat Jumaat. Disini AZAN pertama di kemundangkan pada lebih kurang jam 11.00am sebelum masuk waktu Dzohor inilah perkara yang di praktikan oleh sahabat nabi iaitu ketika pemerintahan  Khalifah Othman bin Affan.

                                         MASJID ABDULLAH IBNU ABBAS

Satelah selesai solat Jumaat kami terus balik ke Hotel.    Selepas makan tengah hari, jemaah bersiap sedia untuk check-out, ziarah sekitar Taif, dan bertolak ke Miqat untuk niat umrah. Tiba di al-Hada, jemaah akan berihram dan memulakan talbiyah. Tiba di Makkah jam 11.00 malam untuk check-in hotel. Jemaah  dipimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah (Tawaf, Saei dan bertahalul) Alhamdulillah Kami selamat melakukan ibadah Umrah selesai pada jam 1.30am dan terus balik ke bilik hotel untuk berihat.



Sabtu|1Disember 2018 |Mekah

Aktiviti bebas. Jam 4 am berjalan ke Masjidil Haram pada ketika itu kelihatan ramai jemaah-jemaah Pakistan, India kelihatan juga Jemaah dari Indonesia dll. Aktiviti di Mekah banyak tertumpu pada ibadah saperti solat sunat dan Tawaf Sunnat.


Ahad|2 Disember 2018 |Mekah

Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah  dibawa menziarah ke Padang Arafah, Jabal Rahmah, Di Jabal Rahmah sempat lah lihat tempat tersebut di cemari oleh mereka2 yang percaya cerita2 Israiliat kemudian ke  Mudzalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur. Sempat lihat gua Hiraq dari jarak jauh.

Berbagai kegiatan dilakukan oleh para jama'ah di Jabal Ar-Rahmah kerana ingin mencari keberkahan. Ada yang solat di situ, ada yang hanya sekadar berdoa di situ, ada yang meninggalkan fotonya di situ, ada yang menulis-nulis di situ, bahkan saya pernah melihat sendiri ada jama'ah yang solat menghadap Jabal Ar-Rahmah dan tidak mengadap kiblat. Semua nya ini tiada contoh dari Nabi s.a.w dan Sahabat.


Penulis Bersama sahabat-sahabat  di Jabal Rahmah


Isnin-Selasa|3-4 Disember 2018 |Mekah

Aktiviti bebas. Saperti biasa  Jemaah sentiasa memperbanyakkan ibadah solat sunat, tawaf Sunat, zikir dan sebagainya. Satu jam sebelum waktu solat kita akan lihat dari berbagai sudut beribu –rbu orang berjalan menuju ke Masjidil Haram.

Aktiviti agihan makanan pada mereka yang memerlukan kami sempat mengagihkan 1,000 makanan sehari sebelum kami berangkat pulang.


Rabu 5 Disember 2018 -Mekah

Tawaf wada’ selepas solat Subuh. (Tawaf Wada untuk Umrah berlaku khilaf di kalangan Ulama ada yang kata tak perlu dan yang yang kata di bolehkan masing-masing ada dalilnya). Ada yang mengatakan satelah menunaikan tawaf wada tidak boleh shopping dan lain-lain lagi dalam bab ini sila tuan-tuan rujuk dari sumber yang terpecaya. Jemaah bersiap untuk check-out hotel. Pada jam 10.00 pagi bertolak ke Jeddah. Penerbangan dari Jeddah jam 5.00 petang dan jemaah diwajibkan berada di airport sekitar 6 jam sebelum berlepas. Tiba di KLIA jam 6:45 pagi (waktu Malaysia) 6 Disember 2018.


Kesimpulan

Untuk kembara sebegini kita harus lah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana tujuan kita bukan untuk jadi pelancung dan membeli belah. Kita bermusafir untuk menunaikan Ibadah Umrah kita kena lengkapkan diri kita dengan Ilmu dan ambil lah ilmu dari sumber yang terpecaya (benar), beramal tampa ilmu adalah sia-sia, banyak bersabar dengan rakan-rakan sebilik dan kerenah orang-orang di sana. Ade berbagai bangsa di sana. India, Pakistan ,Bangladesh, Indonesia, Uzbakistan, Rusia, Mianmar, Pelistine dll. Bersesak-sesak ketika di Raudhah dan ketika tawaf dan Saie ini perkara biasa.

Jangan lupa bawa beg pastik untuk Kasut selipar….ketika  nak solat kasut di simpan dalam beg. Penulis pertama kali masuk taruh kasut kat rak kasut….tapi di sebabkan penulis ingin ke Raudhah laluan keluar dari Raudhah telah di sekat maka penulis terpaksa keluar melalui pintu lain jenuh juga pusing2 untuk mencari pintu masuk di mana peulis letak kan kasut tadi…..Alhamdulillah satelah beberapa pusingan jumpa lah kembali kasut……Pendek cerita satelah itu penulis tak lagi simpan kasut di rak yg di sediakan, tapi di bawa masuk dalam beg. Dan letak kan dekat tempat kita solat. Sebab mungkin kawasan yang kita solat nanti akan di sekat dan kita akan di arah untuk ikut pintu lain. 

Ade ketika nya sambil kita tawaf datang orang tak kira lelaki atau perempun mereka menolak kita, kita kena banyak bersabar. Ade juga kumpulan-kumpulan yang akan menghampiri kita untuk membantu kita merempuh masuk ke hajaratul aswad dengan bayaran2 tertentu hati-hati dengan perkara ini. Kita mungkin dapat mencuim hajarratul aswad atau memegang nya. Namun mungkin kita mengkasari orang lain….sahabat sebilik saya menceritakan perkara ini selepas Berjaya memegang hajaratul aswad yang di bantu oleh kumpulan ini….mereka meminta bayaran SR 1,000 namun kata nya beliau taka ade wang sebanyak itu lalu di berikan wang yang ade dalam dompetnya sebanyak sekitar SR500.00…….demikian cerita teman sebilik saya.

Sekian catitan ringkas dari saya. Insya Allah akan kesana lagi......
Barakallahu fikum



Abu Faiz
10 December 2018





Friday, February 23, 2018

MISI KEM PELARIAN ROHINGYA COX BAZAR


Misi  Cox Bazar 
15 -18 Feb 2018

Kita semua sedia maklum berita mengenai kisah pelarian Rohignya heboh  di media masa bermula pada tahun 2017. Menurut lapuran yang terakhir pada September 2017  terdapat lebih kurang 838,000 pelarian Rohigya di Cox Bazar
   
Idea untuk membantu pelarian Rohigya di Cox Bazar Bangladesh timbul pada September 2017, Kunjungan pertama ke Cox Bazar di ketuai oleh 9M2KF (Dato' Sri Dr Kamil) pada 15 Nov 2017 yang lalu, kunjungan pertama ini di wakili oleh 9W2DJ (Hj Dahalan) bagi pihak Mares bersama tiga Secretariat “Mares Humanitarian Project” Tujuan lawatan kesana adalah untuk berbincang dengan Pihak BDRCS dan juga TRCS bagaimana kita boleh membantu mereka. Banyak cabaran yang kami tempohi dalam merelisasikan perkara ini.


Kunjungan Kedua Mares.

Pada 14 Feb 2018 penulis bersama 9M2KF (Dato' Sri Dr. Kamil), dan dua orang lagi secreterait “Mares Humanitarian Project” berlepas ke Bangladesh penerbangan kami berlepas pada 1820hrs dan kami sampai di Dhaka pada jam 2020hrs. Waktu tempatan Dhaka perjalanan kami memakan masa selama 4 Jam.

Sampai di Dhaka kami menaiki Teksi ke Hotel Milina. Kami bermalam di Hotel ini. Pagi 15 Feb kami sudah bersedia selepas sarapan pagi lebih kurang 6.30am kami menaiki teksi ke airport Dhaka. Perjalanan hari ini adalah dari Dhaka ke Cox Bazar. Kami menaiki pesawat BG-433

Pada jam 10.00am kami berlepas dari Dhaka ke Cox Bazar. Kami sampai di Cox Bazar Air Port pada jam 1035hrs. Sampai di Cox Bazar sebuah kenderaan telah menunggu kami di Airport. Satelah kami mengambil begasi , kami terus menaiki Van ke Hotel Royal Tulip Cox Bazar  perjalanan  dari Cox Bazar ke Hotel Royal Tulip memakan masa lebih dari 1 jam….Kami check in ke hotel tersebut dan menemui delegasi Red Cresent Bangladesh dan juga delegasi Red Crescent Turkey.


Satelah kami sarapan tengah hari lebih kurang jam 1530hrs kami duduk bersama Delegasi Red Cresent Bangladesh dan juga Turkey Red Cresent untuk upacara menandatangan MoU yang di adakan dalam dewan utama Hotel. Upacara tersebut selesai dengan jayanya.















Pada keesokan hari nya 16/2/2018  jam 0900hrs kami dibawa oleh Red Crescent Bangladesh untuk melawat kem pelarian Rohingya. Perjalanan ke Kem pertama memakan masa lebih dari 1 Jam……kami melawat di Kem Kutupalong, Ukhiya kami membuat lawatan ke beberapa kem yang lain dan perjalanan dari satu kem ke kem yang lain memakan masa lebih dari 30 Minit dan ade yang lebih 1 jam.

















Penulis sempat memeriksa apa yang di ambil oleh pelarian ini mereka sebenarnya mengambil bahan api....
                                           











Gambar di atas meenunjukan rumah2 penempatan pelarian yang diperbuat dari buluh dan plastik sheet. Beginilah keadaan nya di kem2 yang kami lawati. Dalam perjalanan kelihatan anak2 kecil seusia dalam 6 tahun lelaki dan perempuan mencari kayu api di tepi2 jalan.


Kelihatan ibu2 dan anak2 mengambil bahan api dari khemah UNHCR



                                        FIELD HOSPITAL

Kami juga sempat lawati "Field Hospital" Swedish Red Cross menurut ketua operasi nya mereka memerlukan 12 orang Doktor dan beberapa orang Jururawat perkara ini mereka sampaikan kepada Bangladesh Red Crescent kebetulan rombongan kami ade se orang Doktor yang mewakili BDRCS.
                         

Satelah melawat beberapa kem Pelarian kami terus kembali ke Hotel Royal Tulip.....dan satelah kami mengambil begasi kami,  kami terus  manaiki Van  ke Pekan Cox Bazar yang mengambil masa lebih 1 jam dan menginap di hotel yang lain ini kerana ke esokan pagi nya kami perlu menaiki pesawat dari Cox Bazar ke Dhaka......satelah bermalam di pekan Cox Bazar pada 17/2/2018 kami menaiki pesawat terus ke Dhaka.....dan pada malam nya kami terus manaiki pesawat Dhaka ke KLIA.......

Satelah beberapa kali berusaha untuk mengadakan MoU tergendala di sebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakan kerana ini melibat Tiga pihak akhirnya perkara ini berjaya di laksanakan pada 15 February 2018.

Kepada 9M2KF (Dato' Sri Dr Kamil) kami mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha beliau ini MARES berjaya memeterai perjanjian usahasama MARES dengan Bangladesh Red Crescent dan juga Red Crescent Turkey. Tidak ketinggalan berbanyak terima kasih kepada AJK Mares dan secretariat "Mares Humanitarian Program"  yang yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita seterusnya.

Sekian.
Aziz Nor
23 Feb 2018

Wednesday, August 27, 2014

Perjalanan Ke TOKYO August 2014 (Hamfest 2014)

Day 1  21/08/2014

Berlepas dari KLIA2 jam 0045. Pertama kali menggunakan lapangan terbang ini....yang dibuka beberapa bulan yang lalu....agak memenatkan kerana berjalan jauh dan kena ada di Airport 3 Jam sebelum berlepas....
Perjalanan dari KLIA2 ke Nagoya ini memakan masa 6 jam lebih....

Sampai di Nagoya (Chibu Airport) lebih kurang jam 07.55 kami menaiki train ke Nagoya.
Checkin Hotel Taiyo. Selepas mandi dan berehat kami keluar semula ke Den Den Town (Nippon Bashi)- Dengan menaiki keretapi dari Nagoya station terus ke Osaka










Hari Pertama   21/08/2014
Awal pagi lebih kurang jam 9.30am waktu Jepun kami terus ke setesyen...
dan selepas itu kami menaiki Train Laju terus ke Hiroshima...tujuan kami 
adalah untuk melihat tempat bersejarah iaitu tempat Bom Atom di lepas di bandar
ini,,,,,SAMPAI DI HIROSHIMA kami menaiki BAS utk ke tempat tersebut....kami 
masuk ke Muzium Hiroshima...disini ada satu dataran...bendera Jepun di Kibar separuh 
tiang di tempat ini mungkin bagi mengingati mangsa Bom Atom...


                              Bekas bangunan peninggalan....sejarah ledakan bom Atom 


Selepas itu kami menaiki bas...dan bergerak ke satu tempat....
Disini kami menaiki Feri ke pulau Miyajima...............di pulau ini
terdapat banyak rusa...
Rusa2 disini terlalu jinak datang ke kami kerana terhidu makanan 
yg kami bawa...kami tidak lama di pulau ini....
Selepas itu naik Feri terus ke tanah besar di situ kami menaiki bas kembali 
dan terus ke station keretapi....
Kami manaiki train dan berhenti di KOBE...
Di KOBE kami sempat singgah di Masjid Al Salam....dan Solat Magrib dan Isya disini
Selepas itu kami terus manaiki train dan balik semula ke Hotel di Nagoya...


Hari Kedua  22/08/14  

Pada hari kedua ini pagi jam 0930 kami berangkat ke TOKYO....
Kami menaiki train High Speed dari NAGOYA ke OSAKA dan terus ke TOKYO perjalanan
mengambil masa lebih kurang 2jam 26 minit.
Dalam perjalanan kami dapat melihat berbagai pemandangan...kami berhenti di
Ueno Station Tokyo..salepas checkin....kami terus ke Akihabara











                                            OSAKA.....

Sampai di TOKYO kami menginap di Kinuya Hotel.
Malam nya hanya sempat belegar di AMERICANO town yang letak nya
tak jauh dari Hotel....cari makan ...dapat jumpa dgn kedai Jual Kebab....
Akibat terlalu letih terus balik ke HOTEL dan tidur....

Hari Ketiga  23/08/14
Pagi hari kami ke HAMFEST TOKYO yang letak nya di Big Sight..
Di sini banyak perkara yang kami lihat....







                                             Otai-otai  AM.....

                                           Using Remote HF .....












Hari ke Empat 24/8/14

Pagi-pagi kami sekali lagi pergi ke Hamfest selepas itu kami terus ke Akihabara....
Satelah itu ke Amicano street...di Tokyo....satelah itu kami bergegas manaiki train dari TOKYO ke Nagoya...Perjalanan yang agak jauh dan letih berjalan sampai di Hotel sudah jam 7.00pm...
checkin hotel lepas itu keluar kejap...




























                                                       Eco Hotel Di Nagoya



Hari ke Lima 25/08/14...
Pagi-pagi kami keluar  dan terus ke Chibu Airport.....dan terus balik ke KLIA..


Kesimpulan...

Inilah pertama kali saya menjejakan kaki di Jepun...apa yang saya lihat penduduk disini
amat menitik beratkan soal masa....Keretapi nya bergerak mengikut jam...jika sekiranya
Kereatapi tersebut bergerak jam 12.11 minit...tepat jam tersebut pintu keretapi akan tutup 
dan ianya terus bergerak...timing nya cukup tetap ...dan saya ada terbaca di satu article 
Train di Jepun...hanya cepat 3 saat dalam setahun.

Kedua bandar nya amat bersih...sehinggakan lori pengankat sampah pun bersih sebersihnya
tiada kesan2  air pada lori pengankut sampah. Orang2 Jepun amat bersih dan berdisiplin...
Yang paling best lori pengankut cement atau lebih di kenali dengan "Cement Mixer Lorry"
amat lah bersih tayar dan rim nya berkilat....tampa ada kesan2 Semen pun.....saya kebetulan bekerja
di sektor pembinaan....dan para pembaca akan tahu apa yang anda lihat disini dengan disana amat jauh beza nya....

Cumanya kami menghadapi sedikit masalah kerana majoriti orang disini tidak tahu berbahasa
Inggeris dan makanan halal amat sukar di perolehi...namun kalau anda di pekan2 besar saperti
di TOKYO ..makanan HALAL boleh di perolehi...Satu perkara lagi anda juga boleh menyewa
bilik dimana ada dapur utk memasak...ikan2...sotong...udang disini murah ....kalau beli dan masak sendiri amatlah murah ....















SWL dengan alat receiver baru....

Lihat lah anak kecil ini sedang tekun memasang komponen kit....

Di temani oleh oleh ibunya ....





Bersambung............nanti saya akan muat naik lebih banyak lagi gambar2......