Friday, February 23, 2018

MISI KEM PELARIAN ROHINGYA COX BAZAR


Misi  Cox Bazar 
15 -18 Feb 2018

Kita semua sedia maklum berita mengenai kisah pelarian Rohignya heboh  di media masa bermula pada tahun 2017. Menurut lapuran yang terakhir pada September 2017  terdapat lebih kurang 838,000 pelarian Rohigya di Cox Bazar
   
Idea untuk membantu pelarian Rohigya di Cox Bazar Bangladesh timbul pada September 2017, Kunjungan pertama ke Cox Bazar di ketuai oleh 9M2KF (Dato' Sri Dr Kamil) pada 15 Nov 2017 yang lalu, kunjungan pertama ini di wakili oleh 9W2DJ (Hj Dahalan) bagi pihak Mares bersama tiga Secretariat “Mares Humanitarian Project” Tujuan lawatan kesana adalah untuk berbincang dengan Pihak BDRCS dan juga TRCS bagaimana kita boleh membantu mereka. Banyak cabaran yang kami tempohi dalam merelisasikan perkara ini.


Kunjungan Kedua Mares.

Pada 14 Feb 2018 penulis bersama 9M2KF (Dato' Sri Dr. Kamil), dan dua orang lagi secreterait “Mares Humanitarian Project” berlepas ke Bangladesh penerbangan kami berlepas pada 1820hrs dan kami sampai di Dhaka pada jam 2020hrs. Waktu tempatan Dhaka perjalanan kami memakan masa selama 4 Jam.

Sampai di Dhaka kami menaiki Teksi ke Hotel Milina. Kami bermalam di Hotel ini. Pagi 15 Feb kami sudah bersedia selepas sarapan pagi lebih kurang 6.30am kami menaiki teksi ke airport Dhaka. Perjalanan hari ini adalah dari Dhaka ke Cox Bazar. Kami menaiki pesawat BG-433

Pada jam 10.00am kami berlepas dari Dhaka ke Cox Bazar. Kami sampai di Cox Bazar Air Port pada jam 1035hrs. Sampai di Cox Bazar sebuah kenderaan telah menunggu kami di Airport. Satelah kami mengambil begasi , kami terus menaiki Van ke Hotel Royal Tulip Cox Bazar  perjalanan  dari Cox Bazar ke Hotel Royal Tulip memakan masa lebih dari 1 jam….Kami check in ke hotel tersebut dan menemui delegasi Red Cresent Bangladesh dan juga delegasi Red Crescent Turkey.


Satelah kami sarapan tengah hari lebih kurang jam 1530hrs kami duduk bersama Delegasi Red Cresent Bangladesh dan juga Turkey Red Cresent untuk upacara menandatangan MoU yang di adakan dalam dewan utama Hotel. Upacara tersebut selesai dengan jayanya.















Pada keesokan hari nya 16/2/2018  jam 0900hrs kami dibawa oleh Red Crescent Bangladesh untuk melawat kem pelarian Rohingya. Perjalanan ke Kem pertama memakan masa lebih dari 1 Jam……kami melawat di Kem Kutupalong, Ukhiya kami membuat lawatan ke beberapa kem yang lain dan perjalanan dari satu kem ke kem yang lain memakan masa lebih dari 30 Minit dan ade yang lebih 1 jam.

















Penulis sempat memeriksa apa yang di ambil oleh pelarian ini mereka sebenarnya mengambil bahan api....
                                           











Gambar di atas meenunjukan rumah2 penempatan pelarian yang diperbuat dari buluh dan plastik sheet. Beginilah keadaan nya di kem2 yang kami lawati. Dalam perjalanan kelihatan anak2 kecil seusia dalam 6 tahun lelaki dan perempuan mencari kayu api di tepi2 jalan.


Kelihatan ibu2 dan anak2 mengambil bahan api dari khemah UNHCR



                                        FIELD HOSPITAL

Kami juga sempat lawati "Field Hospital" Swedish Red Cross menurut ketua operasi nya mereka memerlukan 12 orang Doktor dan beberapa orang Jururawat perkara ini mereka sampaikan kepada Bangladesh Red Crescent kebetulan rombongan kami ade se orang Doktor yang mewakili BDRCS.
                         

Satelah melawat beberapa kem Pelarian kami terus kembali ke Hotel Royal Tulip.....dan satelah kami mengambil begasi kami,  kami terus  manaiki Van  ke Pekan Cox Bazar yang mengambil masa lebih 1 jam dan menginap di hotel yang lain ini kerana ke esokan pagi nya kami perlu menaiki pesawat dari Cox Bazar ke Dhaka......satelah bermalam di pekan Cox Bazar pada 17/2/2018 kami menaiki pesawat terus ke Dhaka.....dan pada malam nya kami terus manaiki pesawat Dhaka ke KLIA.......

Satelah beberapa kali berusaha untuk mengadakan MoU tergendala di sebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakan kerana ini melibat Tiga pihak akhirnya perkara ini berjaya di laksanakan pada 15 February 2018.

Kepada 9M2KF (Dato' Sri Dr Kamil) kami mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha beliau ini MARES berjaya memeterai perjanjian usahasama MARES dengan Bangladesh Red Crescent dan juga Red Crescent Turkey. Tidak ketinggalan berbanyak terima kasih kepada AJK Mares dan secretariat "Mares Humanitarian Program"  yang yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita seterusnya.

Sekian.
Aziz Nor
23 Feb 2018